Mudah2an Allah izinkan aku panjangkan ilmu Haq ini..
KANSER
MUKADDIMAH
Sebelum saya memulakan kepada perbahasan terperinci tentang pengubatan kanser secara Al-Quran ini, terlebih dahulu izinkanlah saya berterus terang kepada para pembaca bahawa sebenarnya bukanlah saya yang menemui pengubatan cancer ini, tetapi ia adalah ditemui oleh saudara kita yang berasal dari Saudi Arabia.
Beliaulah yang telah berhasil (dengan izin Allah S.W.T) mengubati sebanyak 118 kes cancer dengan berbagai-bagai jenisnya. Antaranya cancer darah (Lukeumia), cancer buah dada, cancer rahim, cancer perut besar dan cancer paru-paru.
Alhamdullillah, berkat limpahan kurnia Allah S.W.T. kesemua cancer tersebut dapat sembuh dengan sempurna. Dan demi manfaat untuk umat Islam lainnya, saya telah meminta keizinan daripada penyebar perubatan ini untuk menyebarkan secara ICT, semoga Allah S.W.T. menyembuhkan penderitaan umat Islam dan memberi ganjaran setimpal untuk kita semua.
KALIMAH KEBENARAN (HAQ)
kebanyakan orang menyangka bahawa Al-Quran hanyalah bacaan solat, tajwid, untuk ubat dan hiasan dinding sahaja. Mereka yang berfikiran demikian sebenarnya telah memperkecil-kecilkan peranan Al-Quran yang sebenarnya sangat besar, iaitu sebagai kitab undang-undang untuk merealisasikan kebijaksanaan.
Aku sampaikan perkataan haq ini semata-mata mengharap keredaan Allah S.W.T., cukuplah Allah S.W.T. sebagai pelindungku. Dialah sebaik-baik tempat kita berserah diri terhadap orang yang mendakwakan dirinya Islam tetapi tidak mahu berhukumkan dengan syari’at-Nya, mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T. dan rasul-Nya malahan mereka menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin mereka.
Dalam hal ini Allah S.W.T. befirman di dalam surah Al-Maidah, ayat 51, iaitu:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Atas dasar inilah, sebagai seorang Islam, saya berasa berkewajipan untuk menjelaskan dan menegaskan bahawa Al-Quran bukanlah peranannya sebagi simbol atau pengubatan sahaja tetapi daripada itu dia adalah undang-undang kehidupan yang ideal bagi umat manusia. Sehingga dengan demikian barulah manusia layak dikatakan sebagai hamba Allah S.W.T. yang hakiki (sebenarnya), insyaAllah.
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
PEDOMAN
(1) Semua ayat di bawah (no.1 hingga no.22) hendaklah dibaca sebanyak 7 kali dihadapan air mandi, air minum dan minyak zaitun dengan perincian sebagaimana berikut:
a. Air mandi untuk 7 hari
b. Air minum untuk seminggu (3 gelas sehari)
c. Minyak zaitun untuk digosok selama 21 hari.
(2) Setelah selesai bacaan di atas, diikuti pula dengan bacaan doa di hadapan air dan minyak tersebut, iaitu:
Allaahumma rabbannaas izhibil ba’sa Ishfi wa antas shaafi laa shifaa’ illaa shifaa u ka shifaa’ laa yu ghaddiru saqama ( 7 kali )
A’uzubikalima tilla hi adtama aatimin ghadhobiha, wa ‘aqobaha, wamin syarrin ‘ibaadahu, wamin humazaa tas shayaathin, wa inni hadha ruuna ( 3 kali )
As alullahil li’adzheemi rabbil li’arysil ‘adzheem ainyyas fiyak ( 7 kali )
(3) Gunakanlah air mandi selama tujuh hari, minumlah tiga kali sehari iaitu pagi, zuhur dan malam selama tujuh hari dan gosokkan minyak zaitun di tempat yang sakit selama dua puluh satu hari.
(4) Sekiranya anda mengidap cancer darah (Leukemia) maka gosokkanlah minyak tersebut pada tulang belakang, kaki kanan dan kaki kiri. Dan jika cancer buah dada, cancer rahim, cancer perut besar atau cancer paru-paru maka memadailah dengan menggosoknya pada bahagian luarnya sahaja.
(5) Bacaan ayat-ayat di atas sebaiknya diulangi seminggu sekali, InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.
AYAT-AYAT NYA
(1) Surah Al-Fatihah:
(2) Surah Al-Baqarah, ayat 1 hingga ayat 5 :
(3) Surah Al-Baqarah, ayat 163, 164 & 165:
(4) Surah Al-Baqarah, ayat 255, 256 & 257:
(5) Surah Al-Baqarah, ayat 284, 285 & 286:
(6) Surah Ali Imran, ayat 1 hingga ayat 5:
(7) Surah Ali Imran, ayat 18:
(8) Surah Ali Imran, ayat 26 & 27:
(9) Surah Al-A’raaf, ayat 54, 55 & 56:
(10) Surah Al-A’raaf ayat 117, 118 & 119:
(11) Surah Al-Yunus, ayat 80, 81 & 82:
(12) Surah Thaahaa, ayat 65 hingga ayat 69:
(13) Surah Al-Mukminum, ayat 115 hingga ayat 118:
(14) Surah Ash-Shaaffaat, ayat 1 hingga 15:
(15) Surah Ar-Rahman, ayat 31 hingga ayat 34:
(16) Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga ayat 24:
(17) Surah Al-Mulk, ayat 3 & 4:
(18) Surah Al-Qalam, ayat 51 & 52:
(19) Surah Al-Jinn, ayat 3:
(20) Surah Al-Kaafiruun:
(21) Surah Al-Falaq:
(22) Surah An-Naas:
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Air yang belum dimasak
( Untuk mandian & minum (masak selepas baca) )
2. Minyak Zaitun
( Untuk mengurut & diminum )
Adapun pengubatan yang kita maksudkan, itu merangkumi pendengaran ayat-ayat suci Al-Quran, mandi dan minum air yang telah dibacakan Al-Quran dan juga menggosok minyak zaitun yang telah dibaca ayat Al-Quran pada tempat-tempat yang dijangkiti cancer.
FIRMAN
Allah S.W.T. befirman:
Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Surah Al-Israa’ : 82)
Didalam ayat di atas Allah S.W.T. mensyaratkan bahawa faktor keimanan adalah terpenting untuk menyembuhkan penyakit. Dan Allah S.W.T. juga menegaskan di dalam ayat tersebut bahawa kesembuhan di dalam Al-Quran ini mencakupi penyembuhan semua jenis penyakit.
Dan antara penyakit yang akhir-akhir ini dapat disembuhkan melalui pengubatan cara Al-Quran ialah penyakit cancer. Padahal para doktor telah putus asa untuk mengubatinya, malahan ada di antara mereka yang telah menjangkakan umur pesakitnya hanya dua minggu lagi. Tetapi ternyata jangkaan tersebut seringkali tidak tepat.
Insaallah.. Moon tolong sampaikan pada Talib..
Semoga Noma antara yang bakal sembuh dengan izinNya..
No comments:
Post a Comment