Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

::: Fenomena - Hantu Kak Limah :::

::: Hantu Kak Limah :::

Even dh lama kuar kat Panggung..
Still berhantu citer nie.. mungkin kat umah aku or lam kete aku...
Hurrrmmmm...

Mia pun pandai cite blek citer nie..
Aksi tangan Usop Wilcha tue...
Sangat febret..

Pelawol.. Pelawok.. Pelawok..
Hantu Memilk..
Pawang B**gok tue..
Bala.. Bala..

Yang paling sadis sekali...
Kak Limah peluk kaki baca..
Niat semayang zohor..

What the idea lah...!!
Bombastic...

Mia sangat kenal ngan 3 orang nie...
Huseinnnn... Huseinnnnnn...
Enjit.. Enjit Semut.. sape sakit naik atas...

Hadooooyaiiii....
Lam kete pun pasang dvd Hantu Mak Limah.. Even journey dari umah ke school sekangkang kera..

Congrats Mamat Khalid...!!!

Uniform

Hari nie we olls on uniform..
Dady+Momy+Mia..

Tapi gambar Dady tak der..
Dady g kijer awal sangat...

So.. nie jer yg ada..

Mia muka stress tiap2 pagi...
Kejap jer nie...

Wednesday, April 27, 2011

Nice Quote

Aku tertarik ngan Quote nie dar FB Haleda.. Aku copy paste kat sini...

::: PLAIN women are ALWAYS jealous with their husband. BEAUTIFUL women NEVER are. They are always so occupied with being jealouse of other women's husbands.. :::

Gerrrrrrrrr....
:-)

::: Season :::

Koleksi Benang baru...
+ box baru..
:-)

Sume...

Close-up..

Belen-belen..

Accomplish Job....

Semi completed...
Blom ada accesori lagi..

Project terbengkalai... :-P

Ada lagi coming yg tengah aku usahakan...
Dah ada yang tanya.. aku nak wat per byk2...
Nanti aku announce yea...
Selepas stock mencukupi...

Monday, April 25, 2011

Iskandar Open Day

As last year...
Aku kene jaga Booth for Iskandar Open Day..
Aku duty day 2..
10am until 3.30pm
Kali nie kat City Square..

Layannnnn....

Booth area.

Sempat jugak aku merepek kat situ.. Ada booth Body Painting depan nie...
Hehehe...

Blek umah Mia jeles... nak jugak...

 End up nangis...

............

Model a.k.a Mangsa

Aku upgrade lagi skil...

Hasilnye...

Belom kemas lagi finishing nie...
Alhamdullilah... menjadik lah...
TQ You Tube..

Sunday, April 24, 2011

~ Brain ~

Kanser otak atau tumor otak atau dalam bahasa Inggeris brain cancer atau brain tumor merupakan sejenis kanser yang paling sukar untuk dihadapi dan paling mencabar kepada doktor2 perubatan ortodoks atau alternatif. Kanser otak menjadi suatu kanser yang amat merbahaya ialah kerana  kanser otak berlaku dalam tempat yang paling sensitif dalam tubuh manusia.Sebarang cubaan semborono untuk merawatnya akan mengakibatkan sesuatu padah yang amat buruk seperti kelumpuhan,kecacatan fizikal,hilang ingatan dan bolih membawa maut.
 
Ini adalah kerana faktor "BBB" – BLOOD  BRAIN  BARRIER yang berfungsi sebagai "pengawal keselamatan" yang  memastikan tidak semua bahan bolih sampai keotak melalui saluran darah.Fungsi ini adalah amat effisyen dalam melindungi otak yang amat sensitif namun apabila otak dijangkiti kanser BBB menjadi masaalah besar kepada pakar perubatan kanser otak.
 
Kanser/tumor  otak  biasanya dihidapi oleh 3 gulongan  usia.

- KANAK KANAK

- REMAJA

- DEWASA

Kanser/tumor otak  pada kanak2  kebiasaanya berbentuk "primary" yakni ia memang berasal dari dalam otak itu sendiri.Sementara pada gulongan dewasa ia mungkin berbentuk "primary" atau "secondary"."Secondary" bermaksud tumor atau kanser itu berasal dari bahagian tubuh atau organ yang lain yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.Ini disebut  kanser yang telah "bermestasis" ke otak.
Kebiasaanya ia kerap bermestasis dari kanser paru2 dan kanser payudara.Walau bagaimanapun  ia juga  bolih bermestasis dari bahagian2 badan yang lain.Kanser otak didapati amat jarang bermestasis kebahagian badan yang lain kerana  keperluan bermestasis itu sendiri adalah apabila  keseluruhan otak telah tercedera teruk atau lumpuh dimana pada saat ini pesakit telah pun koma atau mati.
Kanser atau tumor otak pada peringkat kanan2,remaja atau dewasa  yang bukan berbentuk  "primary" disyaki berkaitan dengan  isu2 yang berlegar pada  kaedah permakanan semasa zaman kanak2. terutamanya yang berkaitan dengan kekerapan mengambil banyak makanan yang mengandungi unsur gula tiruan atau dinmakan "aspartame" dan makanan yang mengandungi "glutumarte" yang tinggi.
Baca mengenainya di SINI.
Peringkat2 Kanser / Tumor  Otak Remaja / Dewasa
Pada asasnya peringkat2 tumor atau kanser otak banyak bergantung kepada bahgian2 otak yang diserang atau jenis jenis kanser / tumor otak
BRAIN STEM GLIOMAS. Ia  berlaku didalam  sel stem yang berhubung dengan "spinal cord".Ia biasanya diistilahkan tumor/kanser "peringkat tinggi"i yang amat sukar dirawar dan kebiasaanya  doktor tidak akan membuat biopsy terhadap jenis kanser ini.
Pineal Astrocytic Tumor. Ia  adalah tumor yang terjadi berhampiran  "pinal gland" dalam otak.Pinal gland bertanggungjawap mengawal  menghasilkan cecair "melatonim" yang berfungsi mengawal fungsi  tidur dan jaga kita.Terdapat pelbagai jenis  peringkat untuk tumor  yang berlaku pada bahagian ini.
Pilocytic Astrocytoma ( peringkat 1 ). Ia  adalah tumor yang terjadi didalam sel otak  yang dikenali sebagai  "astrocytes".Ia adalah jenis tumor yang kebiasaanya tidak merebak kebahagian luaran dan pertumbuhanya amat perlahan.Pembedahan  adalah cara biasa doktor gunakan untuk mengeluarkan tumor.
Diffuse Astrocytoma (peringkat 2 )

Diffuse astrocytomas  biasa berlaku kepada gulogan remaja  dan ia jarang merebak kebahagian luaran  namun ia juga bolih mencapai ke peringkat  tinggi.

Anaplastic Astrocytoma (peringkat 3 )

Anaplastic astrocytomas  juga dikenali sebagai astrocytomas maglinan  kerana ia cepat membesar dan sering menyerang ke tisu2 berhampiran.I mudah dikenalpasti olih doktor kerana perbezaan ketara jenis sel tumor ini berbanding dengan sel biasa.Ia sering berlaku kepada gulongan dewasa..
Glioblastoma (peringkat 4 )

Glioblastomas  adalah jenis kanser mglinant yang amat ganas dan merebak secara aggeresif.Biasa juga dikenali dengan nama  gliobiastoma  maltiforma atau astrocytoma peringkat 4.Ia biasa menyerang gulongan dewasa dan tua.

Oligodendroglial Tumors terjadi didalam sel otak bernama oligodendrocytes yang menyokong sistem  saraf.Ia dipecahkan kepada beberapa peringkat.

Peringkat 2.Ia berkembang dengan perlahan dan selnya nampak seakan2 sama dengn sel sihat.Ia biasa berlaku pada gulongan  dewasa dan  gulongan tua.

Peringkat 3.Ia jenis yang berkembang cepat dan selnya nampak berbeza dengan sel sihat.

Mixed Gliomas  adalh tumor yang  mempunyai lebih dari satu jenis sel kanser.Ia dibezakan mengikut  peringkat2 berikut.

Oligoastrocytoma (PERINGKAT2 ): Oligoastrocytomas  adalah jenis tumor  campuran astrocytes dan oligodendrocytes dan ia adalah jenis yang berkembang perlahan
Anaplastic oligoastrocytoma (peringkat 3 ) Ia adalah jenis tumor oligostrocytoma  peringkat tinggi dan biasa menyerang peringkat  dewasa dan gulongan tua. Ependymal Tumors adalah jenis tumor yang  berlaku pada ruang disekeliling "spinal cord".Ruang ini mengandungi cecair yang  bertindak sebagai penampan yang melindungi  otak dan spinal cord .Ia terbahagi kepada 2  peringkat.

Ependymomas  Peringkat 1 dan 2. Ia adalah jenis tumor yang lambat berkembang dan selnya nanpak seakan akan sama sengan sel sihat.Keadah pembedahan biasa digunakan untuk mengeluarkannya.

Anaplastic ependymoma ( peringkat 3 ). Ia jenis tumor yang berkembang amat cepat dan selnya nampak berbeza dengan sel sihat.

Medulloblastoma ( peringkat 4 )

Medulloblastomas  adalah sejenis tumor yang terjadi pada bahagian  bawah belakang kepala.Tumor jenis ini terjadi  kebiasaanya secara  perlahan dan hanya dapat dikesan apabila terjadi gangguan atau merasa kesakitan kepada bahagian belakang kepala.Ia biasa menyerang gulongan kanak kanak,remaja dan dewasa.Tumor jenis ini bolih merebak ke bahagian  lain otak.

Pineal Parenchymal Tumors. Ia adalah sejenis tumor yang  terjadi dari sel2  parenchymal atau sel  pinocytes, iaitu sel yang  membentuk  pineal gland. Tumor jenis ini amat berbeza dengan  tumor pineal astrocytic  ( astrocytomas ) yang menyokong  pineal gland. .Ia terbahagi kepada 2 peringkat.

Pineocytomas ( peringkat 2 ) jenis yang berkembang agak perlahan dan biasa berlaku pada gulonga remaja dan dewasa.

Pineoblastomas ( peringkat 4 ) Ia jenis tumor malignan dan biasa menyerang kanak kanak.

Meningeal Tumors biasanya berlaku didalam  tisu  nipis  yang menyelimuti otak dan spinal cord.Ia biasanya  hanya mempunyai peringkat 1 hingga 3.
Meningioma Peringkat 1. Kebiasaanya mempunyai pertumbuhan yang perlahan dan ianya adalah jenis benign dan biasa menyerang wanita.
Meningioma  dan hemangiopericytomas peringkat 2 dan 3  adalah jenis tumor maglinan yang berupaya menyerang kebahagian lain otak  dan spinal cord.
Peringkat 2 meningiomas  lebih kerap terjadi kepada lelaki.Sementara jenis hemangiopericytomas  sering berulang walaupun selepas dirawat dan pada peringkat ulangan ini ia biasa menyerang ke bahagian badan yang lain.
Germ Cell Tumor  berlaku pada sel  otak yang dikenali sebagai sel  germ yang berfungsi dalam pembentukkan sperma pada lelaki dan telor dalam ovari utuk wanita.Tumor jenis ini kebiasaanya berlaku kepada bahagian badan yang lain namun jika didalam otak  ia terjadi dibahagian tengah otak berhampiran pineal gland.Ia jenis malignan dan sering menyerang kanak kanak.
Craniopharyngioma ( peringkat 2  )

Craniopharyngiomas  adalah tumor yang berlaku  dalam " sellar region"  otak berhampiran  "pituitary gland". Pituitary gland " adalah orga kecil yang terletak dibahagian  lantai otak.Ia berfungsi mengawal  kebanyakkan fungsi badan  terutamanya fungsi berkaitan pembesaran.Ia sangat bahaya kerana berupaya  menghalang pergerakkan cecair dalam otak yang bolih menyebabkn terjadi keradangan dan kebenkakkan otakDoktor biasanya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor.Tumor jenis ini sering menyerang gulongan tua.

Tumor otak samada benign atau maglinan mesti dirawat kerana bila ia semakin membesar ia menekan tongkorak kepala dan ini mendatangkan kesakitan yang amat sangat dan membawa kepada kelumpuhan dan kematian.

Sementara rawatan ortodoks hanya mempunyai 3 cara bedah,sinaran radiasi dan kimoterapi namun rawatan alternatif juga tidak mudah untuk merawat kanser otak.

Ini adalah kerana faktor BBB tadi.Walaupun kaedah membunuh sel kanser dapat dilakukan ia  bakal menimbulkan masaalah lain iaitu sel2 kanser yang mati tadi perlu dikeluarkan segera dari dalam otak.

Rawatan  alternatif tidak melihat kanser otak dari perspektif doktor  hospital melihat kepelbagain jenis tumor otak.Mereka hanya melihat kepada ia adalah sejenis sel yang tidak normal  yang tidak sepatutnya berada didalam otak walau dibahagian mana sekalipun tumor itu berada.
Dan apa jua supplimen yang dicadangkan adalah cukup bijak untuk membezakan diantara sel normal dengan sel yang tidak normal.Kerana sifat sel kanser walau dibahagian mana badan sekalipun ia berada  ia mempunyai sifat yag sama iaitu ia bergantung kepada glukosa sebagai bahanapi utuk beroperasi sementara sel sihat menggunakan oksigen.

Pada peringkat2 tertentu kanser otak dimana pembedahan untuk mengeluarkan tumor adalah mustahil untuk dilakukan,doktor biasanya menggunakan antibiotik yang diolah didalam makmal untuk membunuh sel kanser.Antibiotik tersebut direka untuk memperdayakan BBB  agar  ia dapat masuk kedalam otak dan menyerang sel kanser.

Namun ianya tidak bolih digunakkan secara berterusan  kerana kesan2 sampingan yang agak teruk.Hanya antibodi sahaja yang mampu meanggani masaalah ini.Namun olih kerana antibodi pesakit agak lemah dan sel2 kanser biasanya mempunyai selaput protin untuk memperdayakan antibodi sel2 kanser selalunya terselamat.
Disinilah kaedah rawatan alternatif memainkan peranannya.Perlu diingat  bukan semua kaedah rawatan alternatif mampu untuk melepasi BBB  olih itu hanya beberapa jenis kaedah terapi sahaja yag digunakan.
Seperkara lagi ialah berkenaan kerdangan dan kebengkakkan otak bolih terjadi jika sel2 kanser yag mati ini tidak segera dikeluarkan dari otak.Apabila  sel2 kanser ini dibogelkan selaput  protinnya secara agresif,antibodi dengan serta merta menyerang sel kanser.Apabila terlampau banyak sel kanser yang mati serentak keradangan dan kebenkakkan akan terjadi didalam otak.Ini amat merbahaya.

Jika doktor,  biasanya membekalkan  steroid  untuk mengawal kesakitan dan keradangan kaedah alternatif menyarankan penggunaan MSM dan DMSO  yang  melakukan fungsi yang sama tetapi tidak memudaratkan pada jangkamasa lama penggunaanya kerana ia berunsur semulajjadi.
Penggunaan vitamin B17  yang amat popular di Malaysia seringkali disalah anggap sebagai kaedah  terapi yang paling  sesuai  digunakan untuk kanser otak.Namun saya belum pernah lagi menjumpai pesakit2 yang sembuh melalui kaedah ini.Dan saya telahpun menjumpai pesakit yang menggunakan kaedah ini telah gagal walaupun diberikan suntikkan amigdalina B17  beserta pil b17 500 mg
Pernyataan dibawah mungkin bolih merungkai masaalah kegagalan vitamin B17 bertindak terhadap kanser otak.

There are other physicians who use it only under certain circumstances. Most commonly this would include anything that involves the brain or bone. Because of its powerful ability to permeate cell membranes, it is used to pull nutrients into the bone where normally it is difficult to deliver such nutrients. Furthermore, it will cross the blood/brain barrier and carry any nutrients with it that would not normally cross the blood/brain barrier. Consequently, the results of injected amygdalin when used with DMSO have been described as astounding when the brain is involved. Many of these physicians that now use DMSO with these conditions have previously had poor responses when dealing with conditions involving the brain because of the restrictions of the blood/brain barrier.  Amygdalin itself is too large of a molecule to cross the blood/brain barrier and therefore does not normally get into the brain tissue. When DMSO is employed however, all of that changes and results are now being seen where extremely poor results were achieved before DMSO was used.

Perkara lain ialah jika pun unsur2  seperti vitamin B17 dapat sampai ke otak dan melemahkan sel kanser ( menghurai protin kanser ) sistem antibodi yang menyerang sel kanser itu secara tiba2 akan menyebabkan terjadi pendarahan dan kebengkakkan.

Pakar2 rawatan alternatif mencadangkan rawatan kepada kanser otak mesti dilakukan dengan perlahan dan selembut yang mungkin.

Walaupun ia mengambil masa yang agak lama namun ia berisiko rendah dan peratus kesembuhan adalah tinggi.Namun yang menjadi tanda tanya ialah bolihkah pesakit ini bertahan dalam jangkamasa yang lama.

Satu kaedah yang di cadangkan ialah membantu sistem antibodi badan dan enzim2 semulajadi badan bertindak membunuh sel kanser secara normal.

Ini bermakna usaha2 mestilah bermula dengan memastikan sistem imun  berada dalam keadaan yang baik dan kuat.Pangkerias mesti berupaya untuk secara berterusan mengeluarkan enzim2 pemusnah protin.

Setelah melihat dalam pelbagai laman web alternatif kebanyakkan mereka mencadangkan merombak semula diet pesakit dengan memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengukuhan sistem imun.

Makanan2 yang diambil mestilah yang menjirus kepada penghasilan sistem imun  yang sihat dan kuat.Mereka juga mencadangkan beberapa jenis makanan yang berfungsi membantu pengkerias mengeluarkan enzim2 yang berkualiti guna memecahkan tembok protin sel kanser.

Supplimen2 yang diberikan perlulah yang berkaitan membantu sistem imun  dan fungsi pangkerias.

Disamping itu adalah mustahak untuk memastikan proses detokfikasi dapat berjalan lancar kerana sel kanser yang mati perlu segera dikeluarkan dari dalam darah terutamannya saluran darah otak.

Olih itu organ2 detokfikasi seperti buah pinggang,kulit,usus dan hati perlu sentiasa dalam keadaan yang sihat dan mampu melaksanakan tugas ini dengan cekap.
 **aku penin dengan istilah-istilah nie... nnti aku workout on this...

Dady Yang.. Ramadan.. Kamal.. Pukot..

Orang yang sama tajuk tue..
My best Hubby Eva..
Sebab nama dia panjang dan bole jadik macam-macam..
:-)

Yang tak der nie.. dia kat KL.. melawat Noma..
Semalam petang blek keje.. aku anta Yang...
Lepas berita tue.. Aku suggest Yang pegi tengok.. Temankan mak..
Mesti mak perlukan seseorang tuk kongsi perasaan lepas dengar kabar tue..

Yang naik bas sampai HKL kul 12 lebih...
Yang cakap guard tak kasik masuk sebab Yang bawak beg.. 
Dia takut Yang orang sembarang yang nak tumpang bergelandangan kat hospital.
Yang tido kat kaki lima hospital.. Tengah ari tadik baru g jumpa mak..

Yang msg aku..
'I nangis lah... speechless...'
Aku call Yang... masih lagi bebaki sebak suara Yang..
Dia cakap sedih tengok Noma..
Dia nampak ok sari yang kite tgk ari tue..
Dia dh bole cakap sikit-sikit..
Jap lagi ada anak murid dia ngan cikgu-cikgu dari Benut nak dtg.. 1 bas..
Melawat dia...
Yang cakap x bole benti airmata i kuar tegok dia..

Aku senyap jer... tak tau nak comment apa...
Last aku msg je Yang..
Aku cakap...

'Allah dah susun cantek sume nie... cuma kite jer yang belom tau lagi apa yang cantek tue.. Sabar lah..'

Insa'allah...

** Yang dah call dia blek naik bas kul 9pm nie.. Lambatnyeee...

: : : Mimpi itu SELALU indah : : :

Mimpi itu SELALU indah..
Mimpi itu memang MANIS..
Mimpi itu memang BAHAGIA..
m
Mimpi itu MAINAN tidor..

Aku pun tak pasti.. Ari Jumaat lepas aku bangun dengan rasa indah sekali.. Indah untuk Yang sbb dia tengah struggle dengan dugaan untuk adik Yang.. Noma.. Brain tumor..
Mimpi tue.. Ada crowd.. Myself.. Yang.. & Noma.. Noma dah sihat.. bole drive.. jumpa kami.. keadaan Noma macam dia single minggle dulu... aku tak ingat ada conversation ke tak.. Pas tue Rafiq ada pulak.. Noma dukung Rafiq.. 

Aku bangun cite ngan Yang.. Yang dia jer.. Tengahari tue aku call MIL.. Tanya kabar Noma.. Mak ckp positive..dh bole ckp.. even serak suara dia.. dh buat physiotherapy.. dh bole duduk.. kaki pun dh bole juntai tepi katil.. aku cerita lah mimpi tue kat mak.. aku cakap mungkin dia nak sihat lagi kut.. mak pun dengar seronok.. also I WISH to Noma recover soon... 
So... indahkan mimpi tue...

Petang aku blek tengah masak, mak call.. mak cakap mak nak cite pasal keadaan Noma. Aku terus tutup api and concentrate kat conversation mak.. Mak ngan suara sebak cakap result tumor Noma dah kuar. Dokto lepas jumpa mak sebab Talib keje. 

Mak : Mie, result tumor Noma dah kuar....
Aku : Owh.. yea ker... (bedebar)
Mak : Doktor cakap.... canser Mie...
Aku : Hah...??? yea ker mak... Ya Allah... 
Mak : Yea mie, doktor cakap Tahap 4.. (mak dh start nangis...)
Aku : Ya Allah... Sabar yea mak...
Mak : Mak sedih mie... mak nak jaga dia mie.. mak tak nak tinggalkan dia mie.. mak nak sentiasa ada dengan dia.. mak nak tgk dia depan mata.. tak kira lah apa terjadi... Awak tlg tengok2kan umah mak yea... Mak tak blek lah.. mak tunggu kat sini... (tersekat2... sambil menangis..)
Aku : Sabar yea mak, tak tau nak cakap apa mak.. kite sama-sama doakan yang terbaik untuk dia mak..
Mak : Yea lah mie.. tolong ckakp kan kat Kamal.. mak saja cakap ngan sume adik beradik dia mie.. kalo rasa nak jumpa dia.. datang lah...
Aku : Yea lah mak.. nnti Ammy bagitau Kamal... mak jaga diri baik2 tau.. kalo ada apa-apa bagi tau.. Insaallah ktorg cuba bantu...

Aku terus duduk temenung sementara tunggu Yang blek..

Terus aku teringat kat mimpi aku... MIMPI ITU SELALU INDAH... hakikatnya...

*if sesapa ada tips nak kongsi..sila tinggalkan yea... realy appreciate it..

Thursday, April 21, 2011

Hukum Onani dalam Islam

Also aku jumpa dalam puluhan email aku house keeping...
Lets share...
Good reading...
************************************************************************************************************
Hukum Onani dalam Islam

Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja. Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi daripada itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umumnya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua, insyaAllah.

PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

HUKUM ONANI

Pandangan daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:

Mengatakan haram onani secara mutlak.

Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan daripada Mazhab Hanafi:

Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.

Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat. Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:

Mengatakan haram onani.

Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin. Mereka berkata: Mani adalah benda lebih daripada tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:

Daripada perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) sama ada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas.

Pendapat saya ini juga disokong oleh pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Mahir Mansor Abdul Razak seperti yang terkandung di dalam kitabnya bertanjuk al-Syaz al-Fayah Min Ahadis al-Nikah.

KADAR PERINGATAN

Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.

Tujuh golongan tersebut ialah:

1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.

(Riwayat al-Tabrani).

CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa

Hurrrrmmmm.... Peringatan untuk kita dan generasi seterusnya...

Fasiq & Kufur

Agak sentap tajuk post nie..
Memang mengingatkan betul bila baca email nie..
Mari kita sama-sama hayati...
Sama-sama mengingati..

: : : FASIQ & KUFUR : : :

Gambar hiasan saja.. :-)

Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.

سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه

Maksudnya: “Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini ada dua golongan manusia yang amat buruk di sisi Allah. Golongan itu ialah fasiq dan kufur yang kedua-duanya terdiri daripada orang Islam sendiri.

Fasiq ialah orang yang mengekalkan dosa kecil. Namun dosa kecil yang besar di sisi Allah ialah menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Kalau umat Islam sering terlibat dalam perbuatan itu, mereka dicap sebagai fasiq. Dan orang fasiq dalam bahasa Melayu bermaksud orang jahat.

Orang yang fasiq, cakapnya tidak boleh dipercayai maka sebab itu Allah mengingatkan umat Islam, “jika datang orang fasiq membawa berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu.” Jadi, kalau pemimpin yang naik dengan cara itu, sudah tentu dia termasuk dalam kategori fasiq.

Kufur pula ialah orang yang melakukan dosa besar. Kufur dalam bahasa yang mudah difahami ialah golongan yang suka menyalahi dan mempertikaikan larangan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dalam membunuh orang Islam adalah dosa besar. Oleh sebab itu mereka dicap sebagai kufur.

Walau bagaimanapun dalam senarai dosa besar, terdapat dosa besar yang kecil di sisi Allah namun besar di sini manusia. Dosa tersebut ialah membuat fitnah dan menyebar fitnah. Hal ini kerana fitnah di sini Allah adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan. Demikian seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran.

Kecilkah fasiq?

Fasiq walaupun melibatkan mereka yang melakukan dosa kecil, tetapi tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Hal ini kerana orang yang fasiq dalam Islam tidak sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya. Dan seseorang yang fasiq juga tidak sah menjadi saksi dalam apa-apa majlis yang memerlukan saksi.

Begitulah buruknya nilaian orang fasiq. Tetapi mungkin kerana umat Islam tidak sedar akan nilaian itu, maka mereka terus melakukan fasiq. Mungkin mereka beranggapan bahawa fasiq boleh terhapus dengan isytighfar. Dan dosa kecil boleh terhapus dengan wuduk, maka bolehlah dosa itu dilanggar. Inilah salah faham yang menyebabkan umat Islam terus memilih fasiq tanpa ada rasa berdosa.

Sebenarnya jika merujuk kepada kepada hadis di atas, Rasulullah mengingatkan umat Islam tentang dosa menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Sebaliknya dalam dalam, keburukan seseorang Islam wajib ditutup oleh orang lain. Ingatlah walaupun mendedahkan keburukan yang kita lihat pada seseorang dikira dosa kecil tetapi dosa itu berada pada tingkat tertinggi. Maknanya orang yang terlibat dalam dosa ini berada pada kedudukan fasiq yang tertinggi.

Jelas, fasiq bukan perkara kecil yang boleh dikecil-kecilkan oleh umat Islam. Jadi, dalam keadaan apa pun, umat Islam mesti mengawal diri daripada terlibat dalam fasiq lagi. Apalah faedahnya kita dinilai hebat di sisi manusia tetapi dinilai fasiq di sisi Allah?

Cuma bersoalan sekarang, berapa ramai umat Islam yang menyedari peringatan Rasulullah itu? Mengapa mereka masih mahu dicap sebagai fasiq? Mahukah mereka dihalang daripada menjadi wali atau saksi untuk sesuatu pernikahan? Atau adakah mereka sanggup dipanggil orang jahat.

Sebenarnya, orang yang melakukan dosa di atas pada sisi Allah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka-sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat: 12)

Bayangkan ketika anda hendak mencerca seseorang, dan setiap kali anda hendak menuturkan kata-kata itu, rasakan seolah-olah anda sedang menyuapkan daging saudara yang yang baru mati ke mulut anda. Sanggupkah anda meneruskan cercaan itu?

Oleh sebab itu hentikan cercaan itu. Sedarlah, mereka yang terlibat, masih diberi peluang untuk bertaubat. Semoga dengan ini diri mereka boleh dibersihkan daripada dosa fasiq.

Selain itu, mereka yang mencintai dunia lalu tunduk kepada kehendak dunia lebih daripada kehendak Allah dan Rasul juga tergolongan sebagai orang fasiq juga.

Firman Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (Surah al-Taubat: 24)

Oleh Ust Ahmad Baie Jaafar
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah

**Heppy reading..
Yang aku sendengkan tulisan tue tuk peringatan diri sendri..

~ HariKu ~

Hari yang indah...
Hari yang cerah..

: : : Ya Allah.. Peliharakan lah perjalanan hari ku.. Limpahilah Rahmat & Rezekimu untuk ku dihari ini : : :

Sarapan ari nie...
Macaroni cheese..
Instant Home Made..
Plus Ida 'taja' McD Breafst set..
Dia tumpang aku ari nie..
Thank yea Ida..

Jap.. lupe.. aku ada cornflaks lam cabinet...
So.. no lunch yea Ammy...
Sila abis kan stock sarapan anda...!!

Wednesday, April 20, 2011

::: NAK ::: Belajar menjahit baju kurung M'sia

Tetiba timbul keinginan nak blajar menjahit nie...
Atas sebab kegoyangan perasaan aku sebagai pekerja tetap di P*P..
Terus rasa nak buat back up tuk masa hadapan..
Back-up untuk suami tersayang...
Back-up tuk anak yg terlebih sayang...

So far... aku tak tau kat maner kelebihan aku...
Nak jual2 barang aku agak berat mulot nak menjaja barangan aku..
Even aku Dip holder tuk Business Management..
Tah apa motive aku blajar dulu tapi tak practik kan..
Entah ler...
As far aku consider belom waktunye lagi kut..
One find day babeh..!!

Aku dh google kat maner ada kelas menjahit nie... aku jumpa satu kat BBU..
Tapi kelas tue Isnin-Kamis..
Pilih 2 ari dari hari tue..
Kelas start kul 9.00am until 5.00pm
If weekend plak kene booking.. sbb 2 kali jer lam sebulan..
Agar sukar aku nak follow..
But sesapa yg berminat bole check kat sini..
Sweet Baju Kurung

Terus aku berangan....

Memula belajar...

Bile dah pandai.. dh bole wat part time ngan Bridle plak...
Amek tempahan baju exclusive..
Pas tue jait manik2..
Wahhhh.....

Melebarkan lagi sayap...
Aku akan joint Program Realiti TV nie..
Huh...
Mak glamoorrr nux...!!
International..!!
Ahaks..

Indah nye angan-angan..
Meriah nye impian..

Ya Allah... Jadikan lah ianya kenyataan...
~Amen~

**Huk.. Huk..

Tuesday, April 19, 2011

Aku Edit..

Aku edit tadi....

Cantek gak...
Hehehe...

Saje..

Saje..
Saje..
Saje..
Saje..

:-)

**Dady yang tak der g smith..

: : : Hellooowww : : :

Finally aku berjaya amek gambar Cik White nie..
Cik White ne jadik cam nie hasil collaboration ngan Mia..
Terus jadik White Pink..

Aku still blom berjaya explore lagi gedget baru nie..
Aku mmg kalo baru-baru suh explore..
X bape nak minat..
Tunggu sok2 aku buhsan...
Pelan2 aku pandai ler...
Setakat nie...
Cik White dh buat aku lambat g kijer semalam...
Alarm munyi aku x dgr..
Pagi tadi Cik White dh bagi kejasama yg baik..
Hurm..!!

Cik White Pink..
Huduhnye nama...
Aku nak panggil dia Cik X lah..
Sempena Xperia X8 model dia..

Chekedoutttt....

Turn back X..!!

Whity - Chick
Pink - Gurlish

Hurmmm... Alhamdullilah...

Ekh... lupe nak ckp... Yang pun ada belikan aku Jam..
Sempena besday aku yg dh lepas tue...
Yea lah kan aku tak tau nak model yg caner...
Yang pasti... Petak & Rose Gold..
Finally...
I in love with this...

Besaaaaarrrrrr punye.....!!!
Blink-blink mantain ada...
Hahaha...

X jelas kan... kalo nak further details... g carik...
Hehehe...

** Thank to Amirah yang kasik pinjam Vivaz Pro nye tuk snap gamba Cik X..

Aku JELES...!!!....

Aku JELES...!!!
Aku JELES....!!!!
Aku JELES....!!!!!

Aku punye Xperia..
Yang beli Galaxi Ace..
Yang ckp bole share...
Huh...!!

Ada dua housing sekali...
Kata tokey kedai tue..
Mmg datang cam tue mehh.. ada dua kaler...
Tak payah pilih2.. bile2 suke bole tukar..

Acam nie...

Huwaaaaa......

Nuff Adv

Ramadan & Ammy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Cinta Hati

lbyf.lilypie.com/TikiBlogger.php/ABff