Nuffnang Ads

Wednesday, January 21, 2015

5 bulan

Darif dah 5 bulan... Alhamdulillah..
Masih lagi Susu Momy..

Check List Darif 5 Bulan

Perkembangan bayi anda pada usia 5 bulan (Perkembangan Bayi 5 bulan)

Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. 

Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. 

Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. 

Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya. 
Darif : Belom boleh duduk lagi

Mengulangi bunyi yang disukainya

Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. 

Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan "tidak" dan "kenapa" akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan
Darif : Menjerit.. bebual bahasa dia.. Panggil-panggil orang suh dukung dia..

Cukup kuat untuk makan sendiri

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. 

Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.
Darif : Belum diperkenalkan dengan makanan.. hanya Susu Momy jer.. Sesekali ada gak colet2kan food yang Momy makan.. :-)
Belajar mengenai sebab dan akibat
Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. 

Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah. 
Darif : Buat muka comel mintak kene gomol..

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya. 

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut. 
Darif : Dia suka kaler terang.. lebih tertarik dengan kaler terang..

Mempertajamkan deria terhadap bunyi

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. 

Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti "m" dan "b". 

Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain. 
Darif : Dah mula suka goncang-goncang rattle dia.. suka dengan bunyik-bunyik.. rattle x de respon dia yang nangis.. hahaha..

Kenal dan tau nama dia.. Panggil dah pandai pandang sambil senyum.. suke nak dengar orang bebual.. tengah susu pun asik toleh-toleh.. 

Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya. 
Darif : Betul..boleh alih perhatian dia dengan pelbagai cara..

Perkembangan pelbagai emosi

Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. 

Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga. 

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. 
Darif : Dah pandai cari orang sekeliling.. taknak tinggal sorang.. nangis kalo Dady tinggalkan.. Nak ikut Dady.. dah pandai kikiss.. Dady dah mula ajar bersalam.. Siyes ni ada lah moment yang sangat membahagiakan.. dengan segala respond dia membuatkan we olls 'geram'.. :-)

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. 

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan perkembangan bayi anda, sila rujuk doktor anda. 

Thursday, January 15, 2015

Kakak Mia

Cerita santai-santai.. 

Mia tahun ni dah 8 tahun... 
Janji-janji Mia nak tolong I jaga Darif tak pernah dia lupa...
Mia sentiasa ada untuk support kekurangan yang ada..
Mia merunggut tapi masih bantu..
Sampai kadang-kadang bantuan yang Mia cuba nak bagi luar kemampuan dia..

Kalo boleh Mia nak buat sama-sama aktiviti ngan Darif..
Ada masa dia lupa Darif tu 'baby'..
Masih banyak yang Darif tak boleh join aktiviti..

Over protected sangat pada Darif..
Jangan bagi Darif nangis kata Mia.. 
Kesian sangat kat Darif..
Menjeling-jeling Mia tengok I kalo I biar Darif nangis..
Jangan la i tepok-tepok 'geram' kat Darif..
Jangan la.. Jangan la.. Jangan la.. kata Mia.. Sian dia.. 

Semalam.. ktorang lepak kat bilik Mia..teman Mia buat homework..
Dady pun join sekali.. 
Tetiba Mia cakap.. Dady pegila duduk depan.. Lock pagar ngan grill.. Darif kan tido sorang dalam bilik.. Nanti sume kat sini.. x dengar Darif nangis.. ke org jahat ambik Darif.. 
Terus Dady bangun tengok Bujang Kecik nih..
Macam orang tua la statement Mia nie..

Untung sangat Darif nie.. Kakak Mia sayang sangat kat dia.. 
Besar esok jangan buli Kakak Mia tau Darif..

Wednesday, January 14, 2015

Obsesi Ke Malas?

Obsession the state of being obsessed with someone or something

Obsesi(obsési) 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu

Malas
tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu

************************************************************************************************************************************************************************************************************************

Disember lepas musim hujan.. berbakul-bakul baju nak kene cuci nak kene lipat.. tapi x kering.. adehhh... I macam biasa rasa kusut ngan kain baju nie.. Rasa mcm apsal sejuk jer baju nie sume.. Cuci yang kotor yg jemur belom kering..

Arrghh... I stress.. Dengan plan nak berjalan.. baju nak paking belom kering.. takkan i nak g beli baju baru.. Puas pikir-pikir.. teringat kat Express Laundry.. Rasa nak pegi time tu jugak.. Tak sabar-sabar...

Malam tu jugak i pegi.. Lepas kautim ngan Yang.. Yang jaga Darif, I pegi ngan Mia.. i bawak sume yg tak kering.. nak terkua usus angkat bakul baju basah.. adoooii... sib baik Mia ada..

I masuk jer nengok orang... Uiiiii.. Ramai.. terus gelisah.. Whatsapp yang bagi tau ramai orang.. Lambat sikit.. Disebabkan I pertama kali datang.. I pun perati jer caner orang buat.. Tuk Dryer RM4/sesi.. Mesin tima duit syling 50 baru yang kaler gold.. I nebes.. syiling i campor2.. Nampak plak org tukar duit kat mesin exchange.. Okeh.. jom buat.. Excited terus i ngan Mia nengok duit kuar banyak.. berkilat-kilat gold macam emas.. Hahaha..

Sementara tu bia bakul tu beratur sendiri.. I buat yang lain... perati orang buat.. sembang-sembang sambil menanya.. hadam sume dalam kepala.. kang sampai turn i karang.. x de la teruk sangat I buat.. kang malu Mia dengan I.. Mia kene alwayz proud of me.. Hahaha..

Dryer nie sekali sesi amek masa setengah jam.. lama gak.. tapi beratur lagi lama.. I dah malu ngan bakul I yang penuh tue.. tu pun i dah tekan-tekan supaya x muntah kuar.. Hahaha

Sekali i nengok bakul orang lain lagi besar dari I.. fuhhh lega bukan I sorg jer la ada masalah nie.. Hahaha..

I nengok mesin basuh dia pun banyak besar-besar.. Ada 5kg.. 12kg.. ngan 27kg.. (yea ke?? i dah lupe) Ramai yang cuci gak.. harga ikut saiz muatan mesin..

Akhirnye turn bakul I pun sampai.. Dengan selawat i pun masukkan baju basah I.. masukkan duit.. tutup terus.. dia "ON" laaaa.... fuh...tak de la susah sangat.. Hahaha

Siap je I terus balik.. Rasa berbunga-bunga hati I pegang baju I garing macam kopok ikan.. Panas-panas lagi.. Adoooiii... Hebat sangat perasaan nye..

Blek terus lipat baju panas-panas.. Siyes... Undescribable.. Hahaha..

Terus I rasa lepas nie i x de masaalah dengan baju..

Actually dah few time i anta baju tuk keringkan dan cuci gak kat Express Laundry nie selepas pengalaman masis I yang pertama.. Eh...bukan I anta Dady Yang anta.. Siap kecut tudung ngan cardigan I.. Hahaha..

Obsesi la nie kan... Malas ada sikit la.. Hahaha

Friday, January 2, 2015

2014

Bye 2014

2014 tahun mencabar untuk I..

Jan

Unpaid Leave since December.. Nie dalam proses bertenang tuk usaha menambah ahli keluarga.. Terlanjur tue Mia naik sekolah darjah satu (January). I gunakan sepenuhnya menguruskan Mia. Happy sangat dapat uruskan Mia sepanjang sebulan tue..

Bonus 2013 dapat.. cover la unpaid I.. :-)

Feb

I dah report duty semula.. selepas habis enjoy dengan cuti.. I keje ngan khalifah baru 11 minggu.. Seminggu saje I keje I bleeding sama ngan past pregnancy.. Gyna i bagi lagi cuti.. lagi sebulan.. Alhamdulillah.. sambung berehat lagi kat umah.. yang nie full rest.. (Alhamdulillah)

March

1st time i travel selepas berbulan-bulan stranded kat umah.. attend wedding Talib (Wedding). For the 1st time i announce kat blog my pregnancy. Dah 16 weeks bersama I and counting.. (hadiah).

April

Since my pas pregnancy ada masalah.. Gyna i advice pegi Fetal Anomaly Scan. Kat Msia ada kat Ampang.. yang paling dekat kat SGH.. so i decided pegi SGH.. (FAS)

Small treat tuk school holiday Mia.. (Mia Waterfall) Jalan-jalan makan-makan (Bonding)

May

I tak ingat apa yang belaku during May nie.. :-)

June

Third trimester dah.. (30 weeks)
Cousin I nikah.. Mia ngn Dady wakil.. (Wakil)
Ada short vacay kat Lotus Desaru.. tapi i x blog for it.. adehhh...lupe la..

July

Bulan Puasa... Raya..

August

Bulan dugaan.. Sangat besar bila ada betrayal olso obliteration dalam "Circle".. Sangat mendukakan.. Sangat menghancurkan.. masih berbaki dan terkesan dalam hati ianya masih tak dapat dimaafkan.. Bila nyawa kami dipertaruhkan dengan wang ringgit yang tak dapat dipastikan untuk apa.. Yet debt is debt..

Memang i x blog or shout kat mana-mana sosial media as i menghormati kekasih hati..

Mujur Darif selamat dilahirkan.. Alhamdulillah (Khalifah Baru

September

Kami semua tengah menghadam situasi baru dengan Abang Baby a.k.a Muhammad Darif Zufar (Taman Baru)

October

I dah start keje.. Selepas berpantang dan struggle for Babysitter.. I join Day Challenge by Hernee (Oct)

November

I rindu Mia banyak sangat since dia sangat KAKAK buat sume sendiri.. Kekadang jer datang meleset.. (Sister)

December

Mia tak sihat.. (Mia & Tonsil)

Birthday Mia

Ika Konvo

Family outing Bulan nie banyak jalan-jalan.. Sebab Dady off weekend.. (Outing)

Blek kampung Dady.. Dady nak jumpakan Bujang Kecik. Nie i owe lg yea.. Nanti i free i blogkan..

Walau apa pun 2014 dah tinggalkan kita.. Dengan pelbagai cerita dan kenangan yang sweet & bitter.. 

Selamat Datang 2015

Semoga 2015 lebih baik untuk kami sekeluarga..InsaAllah...

Nuff Adv

Ramadan & Ammy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Cinta Hati

lbyf.lilypie.com/TikiBlogger.php/ABff