Selepas 3 lebih duduk kampung... Dady deside nak amek blek si spongy nie..
Few day sebelum tu mak call bagitau Mia demam.. Makin la Dady rasa x senang hati selagi x jumpe anak dia nie.. Blek umah Momy still on off fever.. Pegi klinik lagi ngna Dady lepas ubat habis...
Spend time ngn Dady dengan macam-macam aktiviti... Ilang sakit dia...
Sampaila jumaat malam.. Mia demam lagi.. Makan ubat kebah demam blek.. temperature pun hit 41 degrees.. Tekejut sangat I.. Sempat bgtau Darif jangan cry Momy nak mandikkan Kakak..panas sangt badan Kakak ni.. Pas mandi turun siki fever..
Semalaman Dady x tido monitor temperature Mia.. Esok pagi still panas.. I decide nak refer hospital g klinik yg dia pegi tutup... Sambil tu tinggalkan Darif ngn bbsitter.. G hospital penuh...tuka hospital lain..
Momy lupe ari tu public holiday for Johor State.. A&E penuh sbb x de klinik.. Lama gak tunggu turn... Kakak Mia dah lemah.. Panas sangat badan.. Kalo boleh ganti dengan Momy.. Momy sanggup..
While kill the time.. I cakap ngan Mia cube buat2 pengsan nnti dapat cepat.. Mia cakap kalo tipu kan dosa... Hahaha.. Okeh kita tunggu la eh...
Lama jugak la.. Mia dapat bilik.. I lega.. Ada kakak nurse cantek bule tolong I jaga Mia.. I call Mak tuk tolong I jaga Mia.. Since Darif ada nie i bit occupied.. Sbb i sorang jer ada Memilk.. So dia nak ngan I jer.. Ermmm...
Cute bear yang bule teman Mia tido malam nie.. Mia tanya masuk drips tu nanti pengsan tak.. Okeh siyes kelakar.. Sejuk kaki tangan Mia nebes.. Hahaha..
As discuss.. Malam Dady akan teman Mia kat hospital.. I kene blek ngan Darif.. baby x sesuai lama-lama kat hospital.. Mak sampai jer I terus bergegas kua amek Darif as Mia request dia nak Darif..
Mia masuk drips.. nape Dady yang pengsan kat sebelah Mia.. Dady yang mengantuk x tido malam monitor demam Mia.. kasi chance la tumpang lelap..
Darif macam faham jer Kakak Mia x sihat.. Tah apa dia ckp tanya kakak.. Sampai terangkat kaki baring sebelah kakak..
I siap-siapkan Mia then terus balik ngan Mak.. Dady take turn jaga malam..
Mia lemah jer.. sian dia.. Ni sume "Tonsil" punye pasal.. X tido pun terbaring jer.. ngan muke layu.. tabah yea anak Momy..
Mia bagitau ngan Mak I.. Darif tu tak kasi Momy urut Adik.. Dia cry.. Walaupun dah sampai giliran Adik.. MasyaAllah anak.. Momy sayang dua-dua sama.. Adil.. tak ada lebih tak ada kurang... Momy tengah ajar supaya Darif pandai bergilir.. Sabar yea Kakak.. InsaAllah sikit masa lagi Darif faham.. Jangan bimbang.. Kasih.. Sayang.. Momy dengan Dady tak penah kurang sikit pun..
I spend 2 ari ngan Mia.. Darif pegi umah bbsitter.. Jom kiter manje-manje.. Jangan terasa hati lagi yea anak..
Partner in crime Mia siang malam.. asik bergadoh jer kalo jumpe.. adoooiii.. Tapi Mak sentiasa ada support I x kire apa pun.. Alhamdullilah.. Mak memang best..
Kalo i cakap ngan Dady.. Mia noty.. dady selalu tak caye.. Mia baik jer bile ngan dia.. Mia behave.. Mia gud girl.. Okeh...
Mia cakap Dady tu nurse datang kasi ubat pun tak sedar... Hahaha..
Apsal mak ni makin kurus.. haish...
Kami yang memerlukan antara satu sama lain..
Mia happy sangat sebab dapat gift la.. Cash la.. Segala.. Hish...
Bile bole balik nie Momy.. Adik dah bosan... Sikit lagi yea.. Kalo minum air banyak nanti bule balik.. She ask for sirap.. okeh Momy blek buatkan sirap.. banyak dia minum.. Sian anak i nie..
Planty Thanks pada yang sudi luangkan masa lawat Mia.. happykan Mia..
Sedikit info tuk Tonsillitis..
Rujukkan Tonsil dan Rawatannya
Apakah itu Tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus
ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
Perawatan Radang Tonsil.
Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekirany
a tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.
Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.